life is like riding a bicycle.you won't fall off unless you stop pedalling.

Saturday, October 23, 2010

ujian itu rahmat.


'ini bukan dewan bestari ye.harap maklum.'





SMA berakhir.
Alhamdulillah.
Tak terasa masa berlalu.
Dan kini, debarnya menanti keputusan kelak.. hanya Allah yang tahu.

Em, tapi DIA berpesan,,
..faiza 'azamta fatawakkal 'alallah, innallaha yuhibbul mutawakkilin..
..setelah kamu berazam, maka bertawakkallah kepada Allah, sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakal..

Moga yang terbaik untuk saya.. =)


Dan.. daripada 'pemerhatian' yang saya lakukan,
Kejayaan yang manis itu takkan mungkin didapati dengan mudah.
Ada harga kepahitan yang perlu dibayar.

Seperti tahun lalu, sepanjang perjalanan menuju peperiksaan PMR,
dan menuju ke arah 9A itu,
berbagai cubaan hadir, yang tak pernah terjangkau di fikiran.
Satu persatu.

Tahun ini juga, sepanjang perjalanan menuju peperiksaan SMA,
dan menuju ke arah MUMTAZAN BAHIRAN itu, (insyaAllah)
bermacam dugaan tiba, yang tak pernah terlahir di minda.
Satu persatu.

Saya tak nafikan, memang saya rasa berat.
Tak mampu.
Lebih-lebih lagi pada tahun ini.
Tak larat.
Hati dan jiwa tak menipu.

Setiap tahun, ujian didatangkan pada saya dalam keadaan yang berbeza..
Tapi persamaannya tetap ada;
saya menangis.
Menangis yang bukan sedikit.

Namun, saya tak pernah rasa kesal.
Saya percaya, menangisnya saya akan diakhiri dengan senyum gembira dan tawa bahagia.
Nanti.
Saya tak pernah rasa kesal.
Kerana saya yakin, natijah kejayaan yang sedia manis itu menjadi berganda-ganda kemanisannya, setelah apa yang saya hadapi.

Kadang-kadang, rasa beruntung pula..
Tak semua orang berpeluang melalui apa yang saya lalui.
Rasa beruntung, ALLAH pilih saya untuk diuji!








p/s : dunia ini juga sememangnya ujian, pahit..
agar kita dapat menikmati manisnya syurga nanti!

4 comments:

  1. model selepas29/10/10 18:40

    hehehehe.....model sebelum!.....insyaallah mumtaz la org tu~...

    p/s:konfem tu bukan dewan bestari...dewan bestari lebih cantik bukankah??dihiasi dengan lampu neon juga berlantaikan marmar yang bertatahkan berlian...muahahaha

    ReplyDelete
  2. model selepas,,
    insyaAllah,, awak jugak.
    amiin..
    dewan bestari itukah?
    haha~

    ReplyDelete
  3. salam.



    sungguh saya pun dulu rasa begitu.
    selesai sma, exam akhir tahun pula.

    hmm, bagi saya, Form 4 memang paling penat bagi student SAM. Masuk form 5 dah terasa lebih ringan.


    selamat untuk kita semua.

    ReplyDelete
  4. insyaAllah,, selamat juga.
    terima kasih.
    em..anda tentunya lebih mengerti.
    hee~

    tp entahlah,, x tau betul atau salah kalau saya kata zaman dah berubah. =.=

    rasa kehidupan di sekolah skrg jauh berbeza dgn waktu f1 dan f2 dulu.
    bi'ah makin lama makin kurang.
    inilah yg saya maksudkn dgn dugaan tu.
    dugaan m'hadapi perubahan sikap manusia.
    huu.. x tau di mana silapnya. =S

    ReplyDelete

wanna say sumthin?