life is like riding a bicycle.you won't fall off unless you stop pedalling.

Wednesday, September 15, 2010

'kamsa hamida' Ya Allah.

Syukur 21.
Filem itu sangat popular suatu masa dahulu. Saat saya masih di sekolah rendah.
Benarkah filem? Atau hanya telemovie? Ke cerekarama?
Entahlah. Saya sendiri kurang pasti.

Apa yang saya masih ingat, ketika cerita itu ditayangkan di TV, saya tertidur.
Tidak menonton hingga ke akhirnya.
Jika disebut Syukur 21, apa yang terbayang di fikiran saya ialah Yassin, Raihan, dan lagu Zikir Taubat itu.
Yang lain tidak.
Kurang jelas di ingatan.
Kalaulah ada kesempatan, ingin saya tonton kisah itu lagi. Mengetahui, mengapa tajuk yang demikian yang dipilih?



Kita berbalik kepada pokok asal pemikiran.
Sebenarnya di sini, saya ingin berkata tentang syukur.
Bukan Syukur 21.
Tapi S.Y.U.K.U.R.

Apa yang saya mahu sampaikan ialah, betapa beruntungnya saya kerana saya dididik dengan didikan agama sejak kecil.
Syukur, Alhamdulillah.
Tidak kiralah secara formal atau tidak.
Masuk ke taski ketika berumur 5 dan 6 tahun pun, sudah belajar Pendidikan Islam dan Bahasa Arab.
Darjah 1-6 pun, belajar Pendidikan Islam juga, turut bersekolah agama di waktu petang.
Dan Tingkatan 1 hingga sekarang pun, bersekolah di ‘Sekolah Agama Menengah’. Pendidikan Islam, Bahasa Arab Komunikasi, dan kini Pendidikan Syariah Islamiyah, Pendidikan Quran Sunnah, Bahasa Arab Tinggi.
Belum lagi subjek Al-Azhar-Tafsir Hadith, Tauhid Feqah, Bahasa Arab Al-Azhar.


Betapa beruntungnya saya sebab dipilih Allah untuk menerima ilmunya, yang mungkin tak diterima orang lain.
Syukur, Alhamdulillah.

Betapa beruntungnya saya kerana dikurniakan akal minda sihat cerdas untuk betul-betul memahami sedikit bahagian daripada ilmunya yang Maha Luas itu.
Syukur, Alhamdulillah.

Dan, banyaknya ilmu yang dimiliki bukan untuk dibanggakan, malah mana mungkin ilmu ini hanya dipelajari sekadar untuk menghadapi peperiksaan.

Menjadi tanggungjawab saya untuk menyerap, menyampaikan pada insan lain yang tidak tahu. Dan mengamalkan dalam kehidupan seharian itu yang paling penting. Walaupun kini, saya masih dalam proses belajar. Masih belum cukup sempurna ilmu di dada.

Menjadi tanggungjawab saya untuk mempraktikkan ilmu yang diperolehi. Lebih besar dosanya pada saya jika saya berbuat silap sedangkan saya sudah mengetahui, berbanding orang yang berbuat silap sedangkan mereka tidak tahu. Jika pernah saya sedemikian, Astaghfirullah. Astaghfirullah. Astaghfirullah. Mohon dijauhkan dan tidak akan lagi, Ya Allah.

Menjadi tanggungjawab saya untuk tajdid niat setiap kali bermula pelajaran. Kerna sesungguhnya amalan itu bergantung pada niat. Kita semua tahu itu.

Semoga ilmu yang saya ada hari ini kekal sampai bila-bila.

Semoga saya akan terus ingat.

Semoga saya terus menjadi diri saya seperti sekarang, dan tidak berubah walau apa jua hal mendatang dari segenap sudut, malahan bertambah lebih baik lagi, dari segi pengamalan ilmu agamanya. InsyaAllah. Tapi saya, kita semua, tak akan mampu menjadi sempurna, kita hanya mampu berusaha menuju kesempurnaan.
Untuk itu, moga dipermudahkanNya.


Syukur, Alhamdulillah atas anugerah kurniaan iman, Islam, dan ilmu ini, Ya Allah.






[peringatan buat diriku yang selalu leka.]

Sunday, September 05, 2010

ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna.

pejam.
celik.
pejam.
celik.

Ramadhan tiba ke penghujung.
dan rasa seperti ibadah yang dilakukan masih belum boleh dibanggakan.

contoh paling mudah; bacaan al-quran secara sendirian.
belum lagi dikhatamkan. (walaupun tadarus bersama dorm, alhamdulillah.)
tapi itu lain.
saya ada matlamat saya sendiri untuk dicapai Ramadhan kali ini.
dan nampaknya, kurang berhasil.
banyak lagi yang saya rencanakan demi penambahbaikan dalam diri.
dan kelihatannya, saya perlu usaha lebih gigih, biar seiring dengan azam yang sekian lama ditanam.
moga diberi lagi peluang untuk mengecap nikmat dan rahmatnya Ramadhan akan datang, InsyaAllah..


benar-benar berharap puasa yang dijalankan mampu membina takwa.
bukan sekadar menahan lapar dan dahaga, sia-sia.


Ya Allah, moga bulan berkah ini menjadi titik permulaan segala yang baik-baik..
walaupun sedikit.
tapi biarlah sedikit yang berterusan,
lebih baik begitu..


=)






p/s : ada teman pernah berkata, "kita perlu jadi hamba Allah, bukan hamba Ramadhan"
terima kasih teman, dengan itu saya faham--buat baik bukan hanya dalam 'bulan puasa' semata-mata, tapi 'bulan puasa' ini yang membentuk kita untuk terus buat baik dalam bulan-bulan seterusnya. ^^