Syukur 21.
Filem itu sangat popular suatu masa dahulu. Saat saya masih di sekolah rendah.
Benarkah filem? Atau hanya telemovie? Ke cerekarama?
Entahlah. Saya sendiri kurang pasti.
Apa yang saya masih ingat, ketika cerita itu ditayangkan di TV, saya tertidur.
Tidak menonton hingga ke akhirnya.
Jika disebut Syukur 21, apa yang terbayang di fikiran saya ialah Yassin, Raihan, dan lagu Zikir Taubat itu.
Yang lain tidak.
Kurang jelas di ingatan.
Kalaulah ada kesempatan, ingin saya tonton kisah itu lagi. Mengetahui, mengapa tajuk yang demikian yang dipilih?
Kita berbalik kepada pokok asal pemikiran.
Sebenarnya di sini, saya ingin berkata tentang syukur.
Bukan Syukur 21.
Tapi S.Y.U.K.U.R.
Apa yang saya mahu sampaikan ialah, betapa beruntungnya saya kerana saya dididik dengan didikan agama sejak kecil.
Syukur, Alhamdulillah.
Tidak kiralah secara formal atau tidak.
Masuk ke taski ketika berumur 5 dan 6 tahun pun, sudah belajar Pendidikan Islam dan Bahasa Arab.
Darjah 1-6 pun, belajar Pendidikan Islam juga, turut bersekolah agama di waktu petang.
Dan Tingkatan 1 hingga sekarang pun, bersekolah di ‘Sekolah Agama Menengah’. Pendidikan Islam, Bahasa Arab Komunikasi, dan kini Pendidikan Syariah Islamiyah, Pendidikan Quran Sunnah, Bahasa Arab Tinggi.
Belum lagi subjek Al-Azhar-Tafsir Hadith, Tauhid Feqah, Bahasa Arab Al-Azhar.
Betapa beruntungnya saya sebab dipilih Allah untuk menerima ilmunya, yang mungkin tak diterima orang lain.
Syukur, Alhamdulillah.
Betapa beruntungnya saya kerana dikurniakan akal minda sihat cerdas untuk betul-betul memahami sedikit bahagian daripada ilmunya yang Maha Luas itu.
Syukur, Alhamdulillah.
Dan, banyaknya ilmu yang dimiliki bukan untuk dibanggakan, malah mana mungkin ilmu ini hanya dipelajari sekadar untuk menghadapi peperiksaan.
Menjadi tanggungjawab saya untuk menyerap, menyampaikan pada insan lain yang tidak tahu. Dan mengamalkan dalam kehidupan seharian itu yang paling penting. Walaupun kini, saya masih dalam proses belajar. Masih belum cukup sempurna ilmu di dada.
Menjadi tanggungjawab saya untuk mempraktikkan ilmu yang diperolehi. Lebih besar dosanya pada saya jika saya berbuat silap sedangkan saya sudah mengetahui, berbanding orang yang berbuat silap sedangkan mereka tidak tahu. Jika pernah saya sedemikian, Astaghfirullah. Astaghfirullah. Astaghfirullah. Mohon dijauhkan dan tidak akan lagi, Ya Allah.
Menjadi tanggungjawab saya untuk tajdid niat setiap kali bermula pelajaran. Kerna sesungguhnya amalan itu bergantung pada niat. Kita semua tahu itu.
Semoga ilmu yang saya ada hari ini kekal sampai bila-bila.
Semoga saya akan terus ingat.
Semoga saya terus menjadi diri saya seperti sekarang, dan tidak berubah walau apa jua hal mendatang dari segenap sudut, malahan bertambah lebih baik lagi, dari segi pengamalan ilmu agamanya. InsyaAllah. Tapi saya, kita semua, tak akan mampu menjadi sempurna, kita hanya mampu berusaha menuju kesempurnaan.
Untuk itu, moga dipermudahkanNya.
Syukur, Alhamdulillah atas anugerah kurniaan iman, Islam, dan ilmu ini, Ya Allah.
[peringatan buat diriku yang selalu leka.]
Wednesday, September 15, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
bila dah keluar sekolah, menyesal rasa kalau tak betul2 hargai semua ilmu yang ada.
ReplyDeletehm, kumpullah ilmu kat sekolah tu sebanyak mungkin, lagi2 dalam hal2 agama yang masyarakat sekeliling sepatutnya tau tapi tak tahu.
biasalah tu, pengabaian ilmu fardu ain,
bab2 keraguan dalam ibadat, terus konfemkan, jangan simpan sampai jadi pekasam.
siyes, memang kita rasa menyampah bila orang ingat kita ni ustazah sangat sebab lepasan sekolah agama, tapi memang itulah tanggungjawab kita.
sekian terima kasih.
HAHAH panjang plak komen.
ampun maaf dipinta.