em.dah lima minggu tak pulang ke rumah.
alhamdulillah, kini kembali lagi.
dan dalam lima minggu ni, macam-macam dah jadi.
pertama, Hari DM.
Bubble Excess, Telematch, Creativitas, Peel Pine and Apple, X-Men, Biggest Loser, Biggest Gainer, Makan Paling Banyak.
seharian berkejar ke sana ke mari.sungguh melelahkan.
tapi terbayar bila lihat mereka seronok.
terima kasih-sudi sama-sama menjayakan program 'kami'.
kedua, Balik Wajib.
ada apa dengan balik wajib?
tapi memang ada sesuatu, bila balik wajib kali ini, tak balik ke rumah sendiri.
mak ayah pulang ke Terengganu, jadi tiada siapa di rumah.
makanya, mengikut teman pulang ke rumahnya di Sungai Besar, Sabak Bernam.
kenangan.melihat caranya 'orang-orang Jawa' berkenduri.
keliling sawah naik basikal.
[tapi memandang bendang, melihat kebaikan ibu teman saya itu, hanya lebih mengundang sayu; jadi teringat kepada bendang juga mak di Terengganu.]
hee~
ketiga, Hari Kemuncak Kokorikulum.
diberi mandat untuk membantu 'Encik Pengarah Program.' =)
berkejar lagi.kini ke hulu ke hilir.
bertemu cikgu itu, bertemu cikgu ini.
tapi terbayar juga, program berjalan lancar.
Alhamdulillah.
kalaupun ada cacatnya, tak terlihat dek orang lain mungkin.
hanya 'kami-kami' yang tahu.
lebih elok begitu.
malah ada yang mengucapkan tahniah. lega rasanya.
biarlah mereka hanya nampak yang baik-baik.
sebenarnya, sangat sangat sangat bersyukur dikurniakan teman-teman yang memberi kerjasama total. terima kasih kalian.
ini benar-benar pengalaman berharga.
keempat, Majlis Kesyukuran + Hari Kemuncak Asrama.
terlalu banyak untuk diuruskan oleh kudrat kami yang tak seberapa.
makanan, hadiah, aturcara, dan apa lagi ya?
em..tidak mungkin boleh lupa. (dengan gimik itu, =p, dan perkara-perkara yang mengundang kontroversi setelah acara itu tamat--)
huu..ini benar-benar memberi pengajaran.
mujurlah awal pagi yang hening itu telah diadakan Qiyamullail Perdana, maka saya rasa jiwa saya lebih kuat untuk mendatangi hal yang terjadi.
dan yang kelima, Calon Ketua Pelajar a.k.a Pengawas sesi 2011.
diberi mandat juga untuk mengumpulkan pandangan orang ramai, siapa yang mereka mahukan untuk jadi pemimpin mereka..
dan untuk menyenarai pendek nama-nama yang menjadi pilihan utama.
juga dalam masa yang sama, Pengerusi Majlis Perhimpunan Jumaat.
agak gusar.
ini pertama kali.
hingga ke pagi, kami berdua berlatih. agar esok tiada yang kurang.
dan di sebalik setiap perkara yang telah DIA takdirkan ini, di sebalik semuanya, saya percaya ada rahsia yang perlu saya rungkaikan..
saya kira, ini mungkin jawapannya-
Hanis Amalina sedang menjadi dewasa dengan didikan daripada DIA!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
wanna say sumthin?