life is like riding a bicycle.you won't fall off unless you stop pedalling.

Saturday, July 10, 2010

fb dan bf (facebook dan bestfriend)

dek kerna ikut-ikut orang, saya pun 'sign up' facebook.
boleh kata semua warga sambestari ada facebook.
cikgu-cikgu, kawan-kawan.. (tak tau la kot2 pak cik daud kantin pon ada facebook jugak.. heh~)

dulu heboh kononnya facebook ni menyumbang kepada israel..
tapi dah diterangkan dalam SOLUSI, hukumnya harus, sebab tak ada maklumat daripada sumber yang jelas kata dengan berfacebook, kita menyumbang kepada israel.

tapi, apa yang saya rasa, banyak benda tak penting berbanding benda yang perlu, ditaip di facebook.[bagi saya la, mungkin tidak bagi orang lain]
benda remeh temeh, begitulah..
perkara-perkara yang biasa-biasa..
peristiwa di sekolah..
dan lain-lain..

mungkin, saya masih tak memerlukannya sekarang.
mungkin, apabila sudah habis sekolah nanti, saya akan benar-benar memerlukannya.
untuk masih saling berhubung.
atau kata orang, 'keep in touch'.
bila seorang ke benua sana, seorang ke benua sinun.
seorang ke ceruk sini, seorang ke ceruk situ.
hendak juga tau perkembangan masing-masing bila dah berjauhan.
untuk terus saling bertukar pengalaman.

tapi, sekarang ni, selagi ada di depan mata, saya perlu hargai rakan dan sahabat yang ada.
jangan nanti bila dah tiada di samping kita, baru nak terasa kehilangan.

kepada semua teman, terima kasih kerana sabar melayan karenah saya.
maaf yang teramat kalau pernah mengguris, sama ada saya sedar mahupun tidak.
=)



ukhuwahfillahabadanabadaa.

KL

30 Jun lalu, Kak Long (atau kini nama komersialnya 'KL' =p) selamat mendaftar di ACMS (Allianze College Medical Science kot), Kepala Batas.
tapi saya tak dapat ikut..sekolah!
Jadi orang Penang la pulak ek?

utk program pre-medic, sebelum fly ke Ireland tahun depan InsyaAllah.
seronoknya dia.
saya pula?CEMBURU.
tak apa, masa saya akan tiba pula nanti, dengan izinNya.
semoga dikabulkan.
telah terlalu lama berhasrat untuk terjun dalam bidang kedoktoran ini.
dan dia telah menemui jalan yang betul, semakin menghampiri cita diimpi.
saya pula?SABAR ye..SMA, SPM dulu!

dan berangkatnya dia ke kehidupan barunya itu,
pulangnya saya kali ini, sudah tidak lagi berjumpa.
cuma bertemu di dalam panggilan telefon, sms, facebook, dan....blogger.

almari yang selama ini padat, penuh dengan baju-baju kami berdua,
pulangnya saya kali ini, sudah banyak ruang kosong, lompong.

dan kalau KL nak tau, mak asyik risaukan kamu.
"dah balik belum?"
"dah sampai rumah belum?"
"dah makan belum?"
"nak keluar makan, dah malam-malam ni?"
"tak apa ke kawan-kawan dia semua orang kaya?"
"tak apa ke kawan-kawan dia semua pakai barang branded?"
"tak tidur lagi ke?"

makanya, KL kena jaga diri baik-baik.
jangan tak tahu..
macam mak selalu cakap, "Kak Long dengan Alin tak jadi mak lagi, tak rasa apa yang mak rasa.."
lebih-lebih lagi ni kali pertama anaknya ke kolej.
jauh pula tu.
sejauh-jauh Sabak Bernam tu pun, masih dalam Selangor.
heh~

makanya, KL jangan hancurkan kepercayaan yang mak dan ayah bagi.
tetapkan hati dan jati diri.
macam ayah pula selalu cakap, "Ingat matlamat, sebab apa kita datang sini."

makanya, KL kena belajar betul-betul, rajin-rajin.
bukan mudah, bukan semua orang dapat peluang macam yang kamu dapat.


sudahlah, itu dulu.
nak menitik dah ni.



alin rindu kak long,tau.

bee.el.oo.ji.~BLOG

bila pulang ke sekolah selepas cuti panjang yang lalu, ada beberapa mereka yang bertanya.. "Kenapa Hanis tak update blog?" atau "Kenapa tak ada post baru?"

em..tak sangka ada yang menanti saya menulis.
syukran kepada mereka yang bertanya.
saya rasa dihargai. =)

pada mulanya, blog ini hanyalah sebagai mengisi masa lapang.
lama-kelamaan, jadi hobi, kesukaan, dan kini ketagihan. hee~

jutaan terima kasih kepada kamu yang memberi komen, menulis di cbox, menyumbang idea, menghulur kata semangat, menyalur inspirasi, dan tak lupa juga kepada kamu yang membaca dalam diam.

meski hanya barisan huruf-huruf, tiada gambar, layout juga yang sama, tidak bertukar sejak dulu.. saya akan cuba untuk explore lebih lagi.
=]




p/s:guess what?soalan karangan BM mid year exam lepas, 'apakah kesan penggunaan laman web dan blog kepada masyarakat?'(lebih kurang begitulah)
dan saya dapat markah yang banyak!alhamdulillah. ^^

Friday, July 09, 2010

di sebalik kepayahan, di situlah ada kekuatan. =)

Lama sungguh.
Sungguh lama.

Diri ini benar-benar teruji apabila 'komputer + broadband' bermasalah, menyebabkan cuti persekolahan selama dua minggu berlalu tanpa ada satu post pun.

Bila kembali semula ke sekolah, terasa ada sesuatu yang hilang..
..hasrat meluahkan rasa berbuku di hati yang dirancang, direncana sebelum cuti bermula-terpendam, terkubur begitu sahaja.
Terasa ada perkara yang belum selesai.(tapi syukur kini diberikan kesempatan sementara)
Dan saat ini idea itu terlupakan begitu sahaja dek kerna kesibukan yang datang bertimpa-timpa. Satu demi satu.

Selesai peperiksaan, cuti bertandang.
Selesai bercuti, markah peperiksaan pula menjelma.
Sambil-sambil menelek kertas jawapan yang baru diterima, diselang-selikan dengan latihan kawad kaki(pertandingan kawad kaki peringkat sekolah, sempena Karnival Kokorikulum), direbut dengan mesyuarat bersama rakan-rakan seperjuangan;pengawas tingkatan 4..
Selesai karnival, Sukan Tahunan hadir pada minggu kedua. Diselitkan juga dengan program tarbiah adik-adik tingkatan 2.
Selesai juga, masuk minggu ketiga selepas sekolah dibuka, disibukkan lagi dengan perancangan Bulan Asrama..mesyuarat juga kertas kerja dan macam-macam lagi..

Dan tanpa sedar juga, bulan Rejab sudah hampir ke penghujungnya.
Syaa'ban dan Ramadhan pula bakal kunjung tiba tak lama lagi..
Ya, bulan barakah itu.


Tapi saya tak pernah sesalkan kesibukan ini.
Percaya bahawa ini semua anugerah, latihan untuk saya lebih teguh menghadapi seribu macam lagi pancaroba hidup.Nanti.
Dan alhamdulillah.
Biar lesu terasa, tapi kelegaan itu tetap ada.
Mohon dikurniakan kekuatan dan kesabaran berterusan.
Moga Allah sentiasa berada di sisi, akal, fikiran, dan hati.
InsyaAllah.
Juga bagi menghadapi percubaan SMA kelak.
Harap diberikan kecerdasan akal fikiran dan kekuatan daya ingatan.
InsyaAllah.






>inginkan lagi kesempatan, walaupun sementara.agar rasa ini masih dapat dikongsi bersama.