
'ini bukan dewan bestari ye.harap maklum.'
SMA berakhir.
Alhamdulillah.
Tak terasa masa berlalu.
Dan kini, debarnya menanti keputusan kelak.. hanya Allah yang tahu.
Em, tapi DIA berpesan,,
..faiza 'azamta fatawakkal 'alallah, innallaha yuhibbul mutawakkilin..
..setelah kamu berazam, maka bertawakkallah kepada Allah, sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakal..
Moga yang terbaik untuk saya.. =)
Dan.. daripada 'pemerhatian' yang saya lakukan,
Kejayaan yang manis itu takkan mungkin didapati dengan mudah.
Ada harga kepahitan yang perlu dibayar.
Seperti tahun lalu, sepanjang perjalanan menuju peperiksaan PMR,
dan menuju ke arah 9A itu,
berbagai cubaan hadir, yang tak pernah terjangkau di fikiran.
Satu persatu.
Tahun ini juga, sepanjang perjalanan menuju peperiksaan SMA,
dan menuju ke arah MUMTAZAN BAHIRAN itu, (insyaAllah)
bermacam dugaan tiba, yang tak pernah terlahir di minda.
Satu persatu.
Saya tak nafikan, memang saya rasa berat.
Tak mampu.
Lebih-lebih lagi pada tahun ini.
Tak larat.
Hati dan jiwa tak menipu.
Setiap tahun, ujian didatangkan pada saya dalam keadaan yang berbeza..
Tapi persamaannya tetap ada;
saya menangis.
Menangis yang bukan sedikit.
Namun, saya tak pernah rasa kesal.
Saya percaya, menangisnya saya akan diakhiri dengan senyum gembira dan tawa bahagia.
Nanti.
Saya tak pernah rasa kesal.
Kerana saya yakin, natijah kejayaan yang sedia manis itu menjadi berganda-ganda kemanisannya, setelah apa yang saya hadapi.
Kadang-kadang, rasa beruntung pula..
Tak semua orang berpeluang melalui apa yang saya lalui.
Rasa beruntung, ALLAH pilih saya untuk diuji!
p/s : dunia ini juga sememangnya ujian, pahit..
agar kita dapat menikmati manisnya syurga nanti!