life is like riding a bicycle.you won't fall off unless you stop pedalling.

Saturday, May 22, 2010

.oh.ho.

Berbaur perasaan bila membaca kembali post2 terdahulu.
Rasa diri kini sangat berbeza dengan diri ini beberapa bulan lalu.
Ternyata, lebih selesa begini.
Menaip, melarikan jari mengikut kata hati.
Mungkin diri ini yang lalu, terlalu memikirkan apa persepsi orang saat membaca apa yg terpapar.
Sedangkan kepuasan selepas meluahkan itu yg paling penting.
Mungkin juga akan ada yg kata saya mencontohi gaya penulisan sesetengah pihak.
Tapi saya tak menipu bila saya kata saya seronok menulis sebegini.
Tulus.
Mak jg ada kata, 'jiwa-jiwa' yg ada pada dirinya sewaktu zamannya muda remaja dahulu, ada menurun pada saya sedikit.
Uish, benarkah?
Entah.


Merasakan bahawa, inilah diri yg dicari-cari selama ini.
Pastikah?
Entah lagi.


Seringkali berfikir, akan adakah noktah penghujungnya dalam usaha mencari diri ini?Entah sungguh.


Persoalan ini memerlukan pemikiran panjang, penghayatan mendalam.
Akan saya bilang bila saya ketemu jawapannya nanti!
Sampai saat itu tiba, doakan yg terbaik buat saya!




(Moga rahmat Allah sentiasa mengiringi setiap derap langkah tapak kaki ini.)

1 comment:

  1. salam~
    hihi..
    mencari diri - gudluck!
    mengenal diri - moga ketemu jawapannya.

    Kekadang, persoalan itu sendiri adalah jawapan.
    Yakin diri, tulis dari hati.
    You are urself~

    ReplyDelete

wanna say sumthin?