life is like riding a bicycle.you won't fall off unless you stop pedalling.

Saturday, May 22, 2010

.oh.ho.

Berbaur perasaan bila membaca kembali post2 terdahulu.
Rasa diri kini sangat berbeza dengan diri ini beberapa bulan lalu.
Ternyata, lebih selesa begini.
Menaip, melarikan jari mengikut kata hati.
Mungkin diri ini yang lalu, terlalu memikirkan apa persepsi orang saat membaca apa yg terpapar.
Sedangkan kepuasan selepas meluahkan itu yg paling penting.
Mungkin juga akan ada yg kata saya mencontohi gaya penulisan sesetengah pihak.
Tapi saya tak menipu bila saya kata saya seronok menulis sebegini.
Tulus.
Mak jg ada kata, 'jiwa-jiwa' yg ada pada dirinya sewaktu zamannya muda remaja dahulu, ada menurun pada saya sedikit.
Uish, benarkah?
Entah.


Merasakan bahawa, inilah diri yg dicari-cari selama ini.
Pastikah?
Entah lagi.


Seringkali berfikir, akan adakah noktah penghujungnya dalam usaha mencari diri ini?Entah sungguh.


Persoalan ini memerlukan pemikiran panjang, penghayatan mendalam.
Akan saya bilang bila saya ketemu jawapannya nanti!
Sampai saat itu tiba, doakan yg terbaik buat saya!




(Moga rahmat Allah sentiasa mengiringi setiap derap langkah tapak kaki ini.)

mencari atau menanti hikmah?

Pantun.
Tewas lagi.
Jalan itu sudah hampir, kami kalah tipis.
Kalah bermaruah!

Walaupun ini sudah tahun ketiga kami berlima-satu pasukan-masuk bertanding..
Mungkin belum rezekinya kami maju ke peringkat negeri.
Tiap kali, kecundang-naib johan daerah.

Saya menipu, jika saya kata tiada rasa kecewa hari itu.
Tapi pantas diri mengingatkan.. Al-Baqarah, 216.
boleh jd apa yg kami suka-kemenangan itu-buruk bagi kami.
dan boleh jadi apa yg kami benci-'ketidakmenangan' itu-baik bagi kami.
Allah mengetahui, sdg kami tidak.

Diri ini ternanti-nanti hikmah yg bakal tiba x lama sahaja lagi!
Dan mungkin saya perlu mencari, hilangkan gusar di hati!


Apapun, dalam jiwa kecil ini, terselit rasa bangga : kami adalah antara mereka yg memperjuangkan adat warisan Melayu ini.
Takkan pantun hilang di dunia!
Takkan lapuk dek hujan, takkan lekang dek panas!
No matter what, insyaAllah.
=]