life is like riding a bicycle.you won't fall off unless you stop pedalling.

Sunday, December 12, 2010

projek cuti panjang 2010- #3

Kem Easy Maths - Easy Technic
Date : 4-7/12/2010
Venue : Kolej Aminuddin Baki, UKM Bangi.




waahh,, ini sangat best.
maraton additional mathematics-sabtu, ahad, isnin, selasa-tapi tak terasa tekanannya kerana cikgu-cikgu asyik menggeletek hati dengan lawak jenaka yang tak sudah-sudah.
hee, ;)

semoga dapat saya ingat, dapat saya gunakan teknik, formula, dan semuanya yang saya kutip sepanjang 4 hari ini, dan dapat pula saya sampaikan pada teman-teman yang tak dapat ikut serta dalam program ini, nanti.

dan moga-moga markah paper +mt saya yg x seberapa ni,, bertambah berganda-gandalah selepas ini, hendaknya, ameeen!



Wednesday, December 01, 2010

projek cuti panjang 2010- #2

Sleepover + Double Wedding
Date : 27-28 November 2010
Venue : Rumah Farah Najihah Mohd Azman + Tesco Shah Alam + Wisma MBSA?


ok, sangat gembira bila dapat kesempatan begini,, yang jarang-jarang sekali~
nas menjemput kami ke majlis walimah kedua-dua abangnya, dan bagi sesiapa yang rajin membantu (sayalah tu,, hehe) dialu-alukan untuk bermalam di rumahnya.
ala, saya rasa saya tidaklah begitu membantu pun--sikit-sikit aje,, heh~

em,, ini dia bekas telur--




dan makan malam percuma,, semestinya!




dan bila seisi rumah menuju ke dewan untuk sesi rehearsal, (termasuk dalila yang diundang untuk menjadi pengacara majlis, heh~ ) kami (saya, fiza, pekja, hajar, myti, dan mardhi) berjalan-jalan ke tesco yang hanya 'sekangkang kera' dari rumah nas,, hehe..





dan tibalah hari dinanti,, biru warna cinta-biru mata hitamku!








and, the rest is history....as what Hlovate said,,
=)

Friday, November 26, 2010

projek cuti panjang 2010- #1

Program Perpaduan Kelab Rukunegara 1 Malaysia
Tarikh : 20-24 November 2010
Tempat : Banghuris Homestay Sepang

wahhh..
ini benar-benar kenangan.pengalaman.pengajaran.

berkenal-kenalan dengan keluarga angkat.
abah, mak, kak lina, abang mamat, kak ain, jeli--baik sangat-sangat.
mak asyik masakkan makanan yang enak sedap lazat.
semuanya buatan sendiri; roti canai, keria, karipap, roti jala, bahulu, bahulu gulung, kerepek ubi pedas, macam-macam lagi. (memang kami di rumah itu,, makan aje kerjanya.hee)
bawa kami [saya, shadie, mirat, dan 2 orang lagi budak f2 smk usj 8,, putri dan idayu..sebab dayah dan bell 'diangkat' oleh keluarga lain bersama 4 orang lagi budak kl.] ke pantai bagan. ditunjukkan 'sepang gold coast' yang mak cakap,, sewanya bernilai RM600 untuk satu malam..ish..
paling tak boleh lupa adalah pada malam terakhir kami berada di kampung bukit bangkong itu,, kami diajak ke gerai makan dekat-dekat kampung situ untuk midnight supper. walaupun kala itu, jam menunjukkan 12.30 tengah malam,, walaupun kala itu, abah nampak sangat penat..huhu,, terima kasih semuanya~
untuk yang ini, saya belajar bagaimana adab-adabnya duduk di rumah orang, belajar caranya untuk beramah mesra-bersembang-bergurau senda-walaupun dengan 'keluarga' yang baru kita kenal-

hari kedua memang seronok..
main pancing-memancing di kolam ikan.
shadie adalah orang pertama yang dapat ikan antara ramai-ramai peserta di situ, bell pula yang kedua. mirat dapat dua ekor lagi tu. dayah dapat juga, walau lambat sedikit. hihi,, rasa bangga sungguh, seolah-olah ini tuah sekolah..
walaupun saya tak dapat seekor ikan pun, tak mengapa. tak ada rezeki mungkin.
meskipun dah nampak ikan tu makan umpan di depan mata saya, bila tarik ke atas-ikan tak ada-umpan pun dah tak ada-
mereka kata, ikan zaman sekarang pun pergi sekolah.haha~
ke kilang kerepek dan ladang kopi pula selepas itu,, kami memang gembira.
bergambar sakan, dengan 'mak cik di mesin potong ubi', dengan bos kilang kerepek di samping sijil-sijil penghargaan yang beliau terima, dengan pokok-pokok kopi, dengan lesung batu raksasa buat menumbuk bijik kopi..em, memang tak hirau orang keliling.

hari ketiga pun seronok juga..'misi perpaduan'
belajar banyak game baru,,
-batu sepuluh; kena selesaikan puzzle, lebih kurang macam sudoku-tapi guna batu.
-batu dua; bertahan atas dua batu bata sahaja, dan mesti sampai ke hujung garisan.
-boling kelapa; yang paling kuat kami sorak. entah berapa biji kelapa yang hancur, terbelah dua dalam 'perjalanan' nak menjatuhkan pin-pin tu. (botol air mineral la)
hee,, belum lagi teng-teng dan batu seremban, dengan peserta cina dan india yang tak pernah main permainan tradisi melayu ni~ comel!

hari keempat paling seronok.
persembahan kebudayaan,, tema perpaduan diberi.
daripada 14 kumpulan, boleh kata majoriti buat persembahan sketsa.
hai,, macam-macam cerita yang keluar.
sebelah malam pula, untuk majlis penutupan..seronok bila semua peserta pakai t-shirt dan topi merah yang ada lambang 1 Malaysia tu~
semua trademark dilaung semula malam tu.
* break clap, oh yeay~, lagu semangat 'biskut rendam kopi o' *

dan bila tiba hari perpisahan, masing-masing bergambar sana sini, bertukar-tukar nombor telefon dan emel, dengan adanya suara-suara; "nanti add kat fb ek"
hee..
malah ada juga yang menitis air matanya.
betapa perkenalan yang tercipta sepanjang lima hari ini benar-benar bermakna dan dihargai..




apa-apa pun, kami banyak belajar.
terdedah kepada komuniti yang lebih besar-yang mana selama ini-hanya berada dalam kelompok pelajar SAMBEST-yang 'sama' seperti kami.
belajar bagaimana berkenalan dengan teman baru yang datangnya daripada pelbagai latar belakang, berbeza-beza.
betul-betul belajar bagaimana menyesuaikan diri,, walaupun memang kami berlima kelihatan benar-benar asing dalam kelompok yang ramai itu..
digelar 'ustazah', 'geng tudung labuh'.. dek kerna pakaian yang kami kenakan yang lain daripada orang-orang lain,,
haha.. kelakar pula rasanya~

dan apa yang paling penting, kami belajar soal perpaduan itu.
macam yang mirat cakap,, sebelum ini, mana mungkin pernah kami kisahkan tentang 1 Malaysia ini,, dan lepas 5 hari di Homestay Banghuris, baru kami sedar betapa seronoknya bila ada juga teman-teman yang berbangsa india dan cina.
sungguh, kita berlainan, tapi kelainan itulah yang buat hidup kita banyak warna....
=)







p/s : Banghuris adalah gabungan daripada nama 3 kampung; Kg. Bukit BANGkong, Kg. HUlu Chuchoh, dan Kg. Ulu TeRIS~
rasa nak letakkan sedikit gambar, tapi rasa tak kena pula,, hee.. sorry~

Saturday, November 06, 2010

I Lay My Love On You~





Sejak dua menjak ni, asyik dengar lagu tu.
Sebab teacher buat lagu tu as her ringtone.
Sebab selalu jumpa teacher.
Sebab handphone teacher mesti berbunyi tiap kali jumpa teacher.
Hee~

Lagu tu bolah buat saya bahagia.
Tapi sebab melodi.
Lirik tu jatuh tempat nombor dua dalam kes ni.

Cerita lagu tu tak ada kena mengena dengan sesiapa, sama ada yang hidup ataupun yang telah tiada.
Tak berniat nak tujukan lagu ni untuk sesiapa pun.
Belum masanya lagi.
Betul.

Cuma berkongsi; kerana alasan yang pertama tadi.
Melodinya buat sesiapa yang mendengar jadi bahagia. =)

Saturday, October 23, 2010

ujian itu rahmat.


'ini bukan dewan bestari ye.harap maklum.'





SMA berakhir.
Alhamdulillah.
Tak terasa masa berlalu.
Dan kini, debarnya menanti keputusan kelak.. hanya Allah yang tahu.

Em, tapi DIA berpesan,,
..faiza 'azamta fatawakkal 'alallah, innallaha yuhibbul mutawakkilin..
..setelah kamu berazam, maka bertawakkallah kepada Allah, sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakal..

Moga yang terbaik untuk saya.. =)


Dan.. daripada 'pemerhatian' yang saya lakukan,
Kejayaan yang manis itu takkan mungkin didapati dengan mudah.
Ada harga kepahitan yang perlu dibayar.

Seperti tahun lalu, sepanjang perjalanan menuju peperiksaan PMR,
dan menuju ke arah 9A itu,
berbagai cubaan hadir, yang tak pernah terjangkau di fikiran.
Satu persatu.

Tahun ini juga, sepanjang perjalanan menuju peperiksaan SMA,
dan menuju ke arah MUMTAZAN BAHIRAN itu, (insyaAllah)
bermacam dugaan tiba, yang tak pernah terlahir di minda.
Satu persatu.

Saya tak nafikan, memang saya rasa berat.
Tak mampu.
Lebih-lebih lagi pada tahun ini.
Tak larat.
Hati dan jiwa tak menipu.

Setiap tahun, ujian didatangkan pada saya dalam keadaan yang berbeza..
Tapi persamaannya tetap ada;
saya menangis.
Menangis yang bukan sedikit.

Namun, saya tak pernah rasa kesal.
Saya percaya, menangisnya saya akan diakhiri dengan senyum gembira dan tawa bahagia.
Nanti.
Saya tak pernah rasa kesal.
Kerana saya yakin, natijah kejayaan yang sedia manis itu menjadi berganda-ganda kemanisannya, setelah apa yang saya hadapi.

Kadang-kadang, rasa beruntung pula..
Tak semua orang berpeluang melalui apa yang saya lalui.
Rasa beruntung, ALLAH pilih saya untuk diuji!








p/s : dunia ini juga sememangnya ujian, pahit..
agar kita dapat menikmati manisnya syurga nanti!

Saturday, October 16, 2010

bicara hati sebelah sini kepada hati di sebalik sana.


Hati, tenanglah.
Tenanglah hati.

Cakap-cakap mereka itu tak bawa ke mana. Kau sendiri tahu itu.
Kau kenal siapa diri kau sebenarnya.
Kau tahu apa niat kau sebelumnya.
Em, biarlah kita 'dibenci' penduduk dunia, asalkan kita tetap dikasihi penduduk langit. Oh!

Ini baru sedikit.
Sungguh.
Tak mengapa. Kau bukan sempurna.

Tidak salah buat silap, tapi salah besar bila kau tak mahu belajar, bahkan ulang silap itu lagi.

Jangan mudah tunduk menyerah.
Jangan mudah tangis mengalah.
Jangan mudah tewas marah.

ALLAH bersamamu. Aku pasti itu.

Jalan yang dilalui Rasulullah pasti lebih sukar.
Jalan yang ditempuh kekasih Allah itu pasti lebih mencabar.

Ini baru sedikit.
Sungguh.
Tak mengapa. Dan amat aku yakin, Allah tahu siapa benar, siapa salah.

Maka.....
Sudahlah. Usah difikirkan lagi.
Lepaskan semuanya.

Akan datang?
Lakukan sepenuh hatimu. Sebaik yang kau mampu.
Jangan pernah paksa diri. Nanti merana hati.

InsyaAllah, Allah bersamamu. Aku pasti itu!







p/s : aneh, sejak belakangan ini mudah amat gugurnya.
kilang air mata, awak sihat tak? ada masalah ke?
ish. =.='

Wednesday, September 15, 2010

'kamsa hamida' Ya Allah.

Syukur 21.
Filem itu sangat popular suatu masa dahulu. Saat saya masih di sekolah rendah.
Benarkah filem? Atau hanya telemovie? Ke cerekarama?
Entahlah. Saya sendiri kurang pasti.

Apa yang saya masih ingat, ketika cerita itu ditayangkan di TV, saya tertidur.
Tidak menonton hingga ke akhirnya.
Jika disebut Syukur 21, apa yang terbayang di fikiran saya ialah Yassin, Raihan, dan lagu Zikir Taubat itu.
Yang lain tidak.
Kurang jelas di ingatan.
Kalaulah ada kesempatan, ingin saya tonton kisah itu lagi. Mengetahui, mengapa tajuk yang demikian yang dipilih?



Kita berbalik kepada pokok asal pemikiran.
Sebenarnya di sini, saya ingin berkata tentang syukur.
Bukan Syukur 21.
Tapi S.Y.U.K.U.R.

Apa yang saya mahu sampaikan ialah, betapa beruntungnya saya kerana saya dididik dengan didikan agama sejak kecil.
Syukur, Alhamdulillah.
Tidak kiralah secara formal atau tidak.
Masuk ke taski ketika berumur 5 dan 6 tahun pun, sudah belajar Pendidikan Islam dan Bahasa Arab.
Darjah 1-6 pun, belajar Pendidikan Islam juga, turut bersekolah agama di waktu petang.
Dan Tingkatan 1 hingga sekarang pun, bersekolah di ‘Sekolah Agama Menengah’. Pendidikan Islam, Bahasa Arab Komunikasi, dan kini Pendidikan Syariah Islamiyah, Pendidikan Quran Sunnah, Bahasa Arab Tinggi.
Belum lagi subjek Al-Azhar-Tafsir Hadith, Tauhid Feqah, Bahasa Arab Al-Azhar.


Betapa beruntungnya saya sebab dipilih Allah untuk menerima ilmunya, yang mungkin tak diterima orang lain.
Syukur, Alhamdulillah.

Betapa beruntungnya saya kerana dikurniakan akal minda sihat cerdas untuk betul-betul memahami sedikit bahagian daripada ilmunya yang Maha Luas itu.
Syukur, Alhamdulillah.

Dan, banyaknya ilmu yang dimiliki bukan untuk dibanggakan, malah mana mungkin ilmu ini hanya dipelajari sekadar untuk menghadapi peperiksaan.

Menjadi tanggungjawab saya untuk menyerap, menyampaikan pada insan lain yang tidak tahu. Dan mengamalkan dalam kehidupan seharian itu yang paling penting. Walaupun kini, saya masih dalam proses belajar. Masih belum cukup sempurna ilmu di dada.

Menjadi tanggungjawab saya untuk mempraktikkan ilmu yang diperolehi. Lebih besar dosanya pada saya jika saya berbuat silap sedangkan saya sudah mengetahui, berbanding orang yang berbuat silap sedangkan mereka tidak tahu. Jika pernah saya sedemikian, Astaghfirullah. Astaghfirullah. Astaghfirullah. Mohon dijauhkan dan tidak akan lagi, Ya Allah.

Menjadi tanggungjawab saya untuk tajdid niat setiap kali bermula pelajaran. Kerna sesungguhnya amalan itu bergantung pada niat. Kita semua tahu itu.

Semoga ilmu yang saya ada hari ini kekal sampai bila-bila.

Semoga saya akan terus ingat.

Semoga saya terus menjadi diri saya seperti sekarang, dan tidak berubah walau apa jua hal mendatang dari segenap sudut, malahan bertambah lebih baik lagi, dari segi pengamalan ilmu agamanya. InsyaAllah. Tapi saya, kita semua, tak akan mampu menjadi sempurna, kita hanya mampu berusaha menuju kesempurnaan.
Untuk itu, moga dipermudahkanNya.


Syukur, Alhamdulillah atas anugerah kurniaan iman, Islam, dan ilmu ini, Ya Allah.






[peringatan buat diriku yang selalu leka.]